Pada 6hb Diember 2012 yang lepas, kucing feveret yg sgt aku sayang, Miyau meninggalkan dunia ini. Berhari2 aku tereyak lepas dapat msg fb dri adik aku, Syafiq. Budak tu siap attach gambaq Miyau yg dah xbernyawa lagi. Kojaq sungguh!. Padahal dia tau aku bkn boleh tgk gambaq2 atau tgk real penderitaan kucing2 aku. Masa tgk Kila (pun dah arwah) nyawa2 ikan lepas termakan tikus yg terkena racun (agak ja la) aku xberenti2 reyau masa nak p umah abang di amek ayaq nyoq. Aku serius xboleh tgk depa terseksa. Bab2 kucing ni aku gila sensitif sikit. Berbalik pada Miyau, dia ni kucing pertama yang aku bela selepas kematian Tam (juga kucing) masa umur aku dalam 5-6 thn. Kira lepas Tam kami dah xbela kucing dah la. Walaupun aku nak bela, maktiri aku tak bagi. Daripada dgq dia bebel ari2 pasai taik kucing, hancing kucing smua tu baik lupakan saja supaya hidup lebih bahagia..haha. Then, tetiba umah belakang (umah yg satu lagi abang on dok merangkap tmpt abah aku bekerja merangkap belakang umah kami ja) didatangi oleh Miyau yg kecik comei lote yg msa tu kecik lagi. Mula2 abah marah suruh halau tp bila Miyau dok atas abah pastu isap baju abah (mcm gaya anak kucing isap susu mak dia), hati abah tersentuh. Stat tu abah jadi sayang kat dia. Dipendekkan cerita smua org jadi sayang kat dia lepas beberapa bulan. Mak tiri aku yg tak suka kucing langsung tu pun tiba2 sayang kat dia sampai bagi Miyau masuk tidoq kat umah depan. Mak tiri siap bagi nama Monei lagi, eeeee aku xsuka lgsg nama tu tp last2 aku panggei dia nama tu jgk walopon kdg2 aku pnggei Miyau jgk. Lepas Miyau tiba2 mai lagi la berbelas2 ekoq kucing dok berkampung kat umah belakang sampai branak pinak abes. Kalau xkira hat dah meninggai sbb kena racun, kena langgaq keta, kena buang, kena kidnap tah tah la ni dah dkt 50 ekoq dah pa kucing kami..tudiaaaa. Semua pon aku sayang tp Miyau paling tersayang la sbb dia otai. Dia spesel sbb perangai dia lawak. Pastu bajet cam cun gila la dia tu. Bila time mengawan byk gila kucing jantan mai dok hingaq depan umah tp Miyau wat xlayan ja...cewahh. Juai mahai r konon. Tp bila smua kucing jantan blah, dia dok mengiau plak panggei. Gatai sungguh!. Time mengawan mmg toksah la cari dia. Mmg xingat rumah langsung. Nk suruh makan pon kena paksa. Tabiat menyusu kain tu berterusan sampai dia besaq. Shari 5-6 kali nk isap kain. Kalau bagi kain suruh isap sndri xmau. Dia nak kami teman dia sambil usap2 pala dia baru dia nk isap. Haishhhhh xpadan ngan umuq. Pastu dia suka main2. Kdg2 xpasai2 dia p lari ke depan ke belakang, ke depan ke belakang xtentu arah. Yang paling lawak 24 jam dia dok grooming bulu dia...bajet nk bagi cun sentiasa la kot. Kalau time hujan xdak tmpt lain nk cari dia..mesti dok merekot lam bilik aku. Pastu tidoq sampai meleleh leleh ayaq liuq kena tilam aku. Busuk yarabbiiiiiiii. Dia suka sungguh nak masuk tidoq dalam bilik aku, atas katil aku. Bukan aku xbagi satgi basah habeh tilam aku ngan ayaq liuq dia..larat la nk basuh. Tp xpa tak kisah pun sbb aku sayang dia.
Bab yg aku paling sayang dia ialah bila setiapkali aku balik rumah lama2 skali (masa training BeST dan kerja OLSB) dia mesti tunggu kat depan pintu pagaq. Tak menyempat2 aku nk bukak gate. Kalau dia tgh tidoq pon bila nmpk aku balik rumah dia mesti bangun dan dan p kat aku. Huhuhuhu. Masa aku balik aritu lepas kerja dgn Selandau ni pun sama. Masa aku balik raya aji ritu pun dia dah tunggu depan umah dgn Oyen. Nmpk aku ja truih bangun nak mai kat aku. Serious aku touching gila..seolah2 dia mmg dok tunggu aku balik. Mcamana aku rindu kat dia, dia pon rindu kat aku sama.huhuhuhu. Who knows dat the last time aku jumpa dia.....T_T. Sambil dok counting days nk balik kedah tuk kenduri pu3 13/12/12 dapat tau dia dah xdak. Gila sedih. Seminggu ja lagi kot aku nk balik kedah.....sedih dia xtunggu aku balik. Sedih aku xdan jumpak dia...sedih!, sedih!, sedih!!!.
Comments
Post a Comment