I think i'm being selfish very much.
Ada sebabnya Allah tahan jodoh aku. Allah nak aku tolong family aku
selagi aku mampu. Kalau aku dah kahwin, tanggungjawab aku dah
terbahagi dua. Aku terdetik perkara ni hari ni. Pagi tadi abah kol
mintak pinjam 5k. Without hesitation, I say BOLEH abah. You know
what, it take great courage for any parent to ask money from kids.
Abah tak pernah mintak duit kat aku. Bila dia mintak dat's means he
really at the end meet. Aku sgt2 sdih dan marah kat diri aku sendiri
sebab aku amik ringan tentang benda ni. Aku selalu pikir abah mampu
lagi ni...walaupun abah selalu merungut duit dia dalam bank dah habis
langsung. Dia kata semua saving asb, insurans, bank dah habis sebab
dah berapa tahun tak ada projek. Tapi aku xrasa mcm benda ni serius.
Sbb aku ingat abah cakap macam tu sbb nak suruh aku berjimat sikit.
Rupanya tak. Abah mmg kesempitan. Kesian abah. Anak2 lelaki abah
semua tak boleh bantu dia. Abang2 aku especially abang di dan abang
on still tak boleh berdikari sendiri. Kalau abah tak bagi duit, mmg
xdak duitlah depa. Tahap pendidikan abang2 aku tak seberapa...lagilah
sukar depa nak cari kerja lain. Susah nak cari kerja bersesuaian tu
satu hal, lebih serius ialah depa tak pernah kerja susah sepanjang
hidup depa. Sebabnya...ABAH ada. Abah boleh support tapi sampai
bila?. Abah dah tua..dah 66 tahun. Persaingan nak dapatkan projek
tinggi...income dah tak ada, tanggungan makin bertambah. Syafiq dan
Nurul pulak makin remaja. Nak guna duit jugak. Alhamdulillah mak tiri
aku dah pandai cari duit nak tampung perbelanjaan sekarang ni. Dia
kerja tukang masak kat tadika. Tapi masalah yang timbul lepas dia dah
kerja ialah dia macam riak. Katanya dia yang tanggung famili, bukan
abah. Nak harapkan duit abah bagi beli barang rumah memang tak cukup.
Owh, bayangkan apa yang abah rasa. Tambah pulak dengan abang2 yang
selalu mintak duit kat abah. Memang penat dengar diorang bergaduh
tentang duit. Aku harap abah boleh bersabar. Aku akan cuba tolong
abah dari sudut kewangan selagi aku termampu. Hari ni mmg wake up
call tuk aku. Dah sampai masanya aku balas jasa abah balik. Dah
banyak abah buat kat aku. Takdir Allah bersebab. Kdg2 aku
hairan...macam mana aku boleh sampai ke aku yang sekarang ni hanya
disebabkan kemampuan aku semata-mata. Dalam ramai2 calon temuduga aku
jugak yang terpilih walaupun aku biasa-biasa sahaja. Sebabnya Allah
sahaja yang mengetahui rencananya.Kalau Allah berkehendak, jadilah
ia. Allah nak abah gembira akhirnya ada seorang anak dia yang boleh
kerja kerajaan. Allah nak aku tolong abah. Dengan gaji yang tak
seberapa kat DXN, tak banyak aku boleh tolong. Sekarang insya-Allah,
ada bahagian untuk abah. Walaupun tak banyak, aku cuba. Jodoh boleh
tunggu...biar aku berbakti pada Abah selagi aku mampu. InsyaAllah...
Salam.... Hari ni dah masuk hari keenam aku menjalani pembedahan lasik. Tau lasik tu apa?...kalau xtau google la sendiri...huhihu. Secara ringkasnya meh la aku habaq p....lasik ni satu kaedah untuk membetulkan rabun mata menggunakan teknik laser. So, untuk org2 yg mempunyai masalah rabun jauh ni kalau rasa dah susah kena pakai spek setiap masa setiap waktu bolehlah consider lasik ni. Untuk aku, aku sejak2 tau pasal lasik ni boleh betulkan rabun mmg teringin sungguh2 nak buat. Tapi mcm hampa semua la....aku penakut. Aku rasa 90% org teringin nak buat tapi takut...Betoi x betoi?. Duit satu bab la jugak tp benda utama yg menjadi penghalang tu selalunya sebab kerisauan memikirkan kornea mata kita akan dipotong (boleh jd guna blade ato bladeless pon boley) pastu ditembak laser. Ceq takut butaaaaa!....waaaaa. Tatau pasepa aku dok risau kalau bnda ni x berkesan nnt tup2 gelap penglihatan terus...seumur hidup akan meratap. Sedih kot kalau xleh tgk budak comei Daniel tu membesaq depan mata ...
Comments
Post a Comment