Assalamualaikum...
Rasa cam dah berkurun tak mengupdate blog ni. So hari ni nak cite pasal short vacay aku ke Medan Indonesia. Dis is my very first oversea trip by plane (kih kih kih) so my husband n son. Alkisahnya 2-2 laki bini penakut naik flight je citenya. Tp dis time pujuk pujuk pujuk my husband last2 ok je. Lagipun ni trip pergi ramai2. Total dalam 40++ staf KKSL campur anak bini n famili. Mula2 risau la sebab ye la bodo sikit pasal nak naik flight semua ni xtau prosedur smua tp sbb pergi ramai2 n ada kepala yang handle so memudahkan la first timer mcm haku ni. Tq kepada semua yang membantu kami laki bini utk 1st trip ni....hehe.
So, flight kul 8.40 pg 23hb sep tu....tp kena berkumpul kat kolej kul 12.30mlm weh +_+. Pastu dengan bas sewa kolej lain kami pon bergerakla ke KLIA n sampai dalam kul 3 lebih jugak. Rehat2 sat n melayan kerenah Daniel tu smpaila kul 5.20pg camtu check in luggage. Pastu g solat semayang brekfes dlm kul 7.30 dah bleh masuk balai berlepas dah. Kul 8.15 camtu dah leh boarding, kul 8.40 pg berlepas n dalam kul 9.30 da sampai ke airport KualaNamu...perghhhh sat gila. Dah sampai airport claim luggage etc naikla bas yang disediakan travel tour ni. Dis is the most torturing time for most of us sbb kena naik bas sampai 10 jam lebih untuk ke danau toba T_T. Aku tringat pon rasa nak tereyakkk weh. Bas tu mcm coaster je...kecik. Dah dengan Daniel lg pastu dengan aku n husband xberapa nak sihat. Perjalanan tu ada la stop2 nya untuk makan tghari (perghhh sedap betul masakan terung dia..nyum nyumm), pasar buah kat berastagi (stop 20 minit so ngam2 aku gilir2 solat dengan adam je) n stop kat satu kedai yg ada jual teh buang angin (hahaha aku pon xtau apa nama air tu). Restoran tu ada pemandangan yg cantik la nun di bukit sana. Pastu sampaila kat Danau Toba dalam kul 8.30 waktu Malaysia. So pergi makan malam dulu n hotel pon dekat2 restoran je. Kami menginap kat Danau Toba International Cottage. Pemandangan hotel mmg lawa gila la sbb balkoni menghala ke tasik Danau Toba yg cantik gila tu. Cuma slack sikit sbb hotel xdak ekon n kipas (sbb kengkunun Berastagi ni sejuk cam Cameron Highland tp hurmmmm adala 30% sejuk je dr CH). Malam aku rasa panas gila smpai aku bukak tingkap balkoni. Tp xberani nk bukak luas2 sbb balkoni bersambung2 antara bilik. Tak pasai2 ada yg dok mengendap malam2..huhu xsanggop. Masalah bila bukak tingkap ni nyamuk pulak masuk. Dengan serangga2 yg xnampak dengan mata kasar lgi dok bersarang. Tak pasal2 mata, pipi, badan Daniel penuh dengan gigitan serangga...dah xhandsome anak bujang aku tu.Hotel pulak dpt katil single 2 biji. Sbb penat sgt maleh nak gabung2 dah n Daniel trus tido dgn aku je. Almaklumlah ganas terlebih anak teruna aku ni tidoq dapatlah hadiah jatuh katil mlm tu. Sbelum jatoh tu pon dah banyk kali cubaan dia nk jatuh tp aku sempat tarik dlam dok mamai2 tu. Mmg ganas la dia tido mmg dah serik la nk bg tido atas katil single. Maafkan mama Daniel ye...huhu
|
Dalam flight |
|
Tu nampak 'hadiah' Danau Toba tu kat mata Daniel +_+ |
|
Naik bot merentasi Danau Toba |
The next day after brekfes dah kena checkout n pastu naik bot untuk Danau Toba Tour. Kat sini kitorang singgah kat Pulau Samosir untuk melawat muzium dan perkampungan Batak. Pastu dpt soping2 sikit kat sini (Beli keychain, baju2 souvenir). Air minuman n makanan hurm toksahla nak beli kt tmpt camni....Kat Tomok (perhentian lepas Samosir) tu kami beli 3 jenis air tin dgn biskut Tiger dah 60,000 rupiah....nk dkt2 rm20 kot. Kacang rebus pon dah 20,000 padahal sikit je.
|
Kat perkampungan Batak. Ni tempat hukuman kat pesalah2 zina dibuat |
|
Di Pulau Samosir |
|
Kat Tomok, tempat kubur raja dorang. Kena pakai selendang tu kat bahu sbg tanda hormat...HORASSSS |
|
Tetiba budak mata sepet sebelah ni dok beraksi titanic masa Bot Tour....betul2 menikmati angin yang sepoi2 .
|
Lepas Danau Toba Tour bergerakla kami untuk ke Medan Indonesia semula dan menempuh lagi perjalanan yg 10++ jam tuh...huhuhuhu.Berenti kejap di kedai nama Paten yg ada jual kacang2 ting ting tung tung tang tang (nama2 kacang...hahaha). Pastu sambung perjalanan dan akhirnya sampai la kt hotel Garuda Plaza dalam kul 11 lebih malam. Penattnyaaaaa.........
Esoknya tu 25hb adalah Last Day kt sini. Lepas brekfes, kami smua ke Istana Maimun pastu ke Medan Mall. Sopink dia bg 1 jam je kt sini. Serius aku taktau nak beli apa utk habiskan duit rupiah ni. Cuma beli baju kat Daniel n blouse2 murah je n g minum kat es teller yg femes emes tu pastu dah habis sejam....hurmmm.Masa ni adala dalam 500,000 rupiah lagi lam wallet. Sbb flight kul 4.25 ptg kami trpaksa la mempercepatkan perjalanan. Lps lunch trus ke airport untuk balik ke Malaysia. Flight kami 5.20 waktu tmptn so lewat sikit la n sempat la kudap2 kat airport tu. Oder dimsum (3bijik),fries,roti bakar,kopi ais n kopi panas dah 160,000 rupiah....walawehhhhhhhh kenyang pon tak.Dalam hati ada gak la terbakar tp sabar je la sbb airport kan. Akhirnya sampai la ke KLIA2 kul 7.30 mlm n makan solat jap n trus naik bas utk ke Selandau, Melaka. Sekian....jumpa lagi....horasssss
|
Ada pelamin dlm Garuda Plaza Hotel tmpt menginap so apalagiiii |
|
Di Istana Maimun. Daniel dah mula mengantok dah time ni so kami dah xbleh nak sewa baju2 raja dah..huhu. |
|
Ole2 from Medan (Kuih Lapis Legit, Bika Ambon n my feveret Bolu Meranti Keju.....dap dap).Aku beli 3 jenis kek ni je n 2 bungkus emping belinjau dah nk dkt rm150++ |
|
My feveret....jus alpukat...harga pelbagai di setiap tmpt. Las kat airport 40,000...gilaaa |
Comments
Post a Comment